Semakin
ku usir semakin ia hadir,
Semakin
ku lupakan, semakin ia membelenggu fikiran,
Ku
sadar kini,
HATIKU
MILIKMU
Biarpun
jauh ku larikan diri,
Namun
ia tetap melingkar di tangkai naluri…
Penulis:NUR
FADHILAH.S
SINOPSIS
Derry
Tri Handoko keliru. Hatinya direntap dua cinta berbeda. Sukar
untuknya
menilai karena hakikat kedua-dua cinta itu indah di matanya.
Antara
cinta yang pasti dan tidak pasti, Derry Tri Handoko akur pada
situasi.
Dia memilih cinta yang pasti berbalas dari pada seorang gadis jelita.
Kehadiran
gadis itu benar-benar mengubat luka penantiannya. Dia tidak malu
lagi
mengharap pada cinta yang tidak pasti dari pada si dia yang dianggapnya
tidak
sudi. Derry sudah putus asa dengan cinta si dia. Namun, hatinya tak
pernah
mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui.
Tatkala
dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara
dua
cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah
dan
Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang
pernah
dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang coba diusir dari pada
hidupnya
karena terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya,
tarbiyyah
dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun,
tarbiyyah
dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu
memburunya
saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta,
terutama
yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya,
cinta
Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan
da’wah.
‘’Hatiku
milik siapa?’’ Derry Try Handoko terus mencari. Dia mengalami
konflik
diri karena kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di
university.
Akhirnya, suara iman memberikan jawaban.
Apakah
dilema cinta yang dihadapi?
Apakah
rahasia dia boleh berinteraksi dengan imannya?
Apakah
kesudahan cinta Derry Try Handoko?
Kepada
siapa akhirnya diserahkan hatinya?
Dan
banyak lagi persolan yang tersimpul dalam episode hidup Derry Tri Hadoko
Rangkaian
kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan
membawa
pembaca bertanya kepada diri sendiri,
‘’Hatiku
pula milik siapa?’’.
HATIKU
MILIKMU
(Bosan!
Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku takkan pernah siksa perasaan
aku
lagi) hati Derry merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun
lamanya
dia menanti handsetnya berirama dengan satu musik kepastian
dari
pada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya senan tiasa resah. Entah
bila
penantiannya
akan berakhir dengan satu jawaban.Entah bila…
‘’Derry,
kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal Fathil tatkala melihat teman
sebiliknya
itu asyik membelek-belek handset..
‘’A’ah!’’
Derry mengangguk ringkas.
‘’Beli
yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.
‘’Separuh
harga?’’ acah Derry.
‘’Beres.
Kau nak sekarang bae?’’
‘’Tak
nak…’’ Derry acuh tak acuh.
‘’Cis,
buang karen je!’’ bentak Fathil.
‘’Bukan
tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul
ke
ni?’’ Derry meragui.
‘’Muka
hensem aku ni ada gaya penipu ke?’’ Fathil berwajah serius.
‘’Aku
pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu? Tiba-tiba
nak
jual, mesti ada apa-apa,’’
‘’Tak
sampai pun sebulan…’’ Fathil membetulkan fakta.
‘’Habis
tu, nak beli yang lain pulak?’’
‘’Mmm..dah
beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada
apa-apa
kenangan. Aku tak nak dia tahu nomor baru aku,’’
‘’Tiap-tiap
malam gayut, tiap hujung minggu asyik datang pun, boleh clash
jugak?’’
‘’Biasalah…lelaki
mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari
perempuan
baik tau. Dia ni emm…tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku
malas
nak cerita kan kau. Kau tahu apa Derry…tak pernah bermak we,’’ Fathil
meluahkan.
Dia
sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia
menceritakan
tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu
membonceng
motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya.
(Siapa
yang tidak cemburu…dan, kau tahu Derry….kaulah lelaki itu)
‘’Aku
bukan jenis mainkan perempuan macam kau…’’ Derry menyindir.
‘’Eleh…nak
kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Derry, aku clash pun sebab aku tak
nak
mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,’’
‘’Ish,
awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,.. Dasar
playboy!’’
sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
‘’Dengki
lah tu! Kau mengaku je lah Derry, kau tu tak berani macam aku nak cari
mak
we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!’’ Fathil pula
mengenakan
Derry.
‘’Penakut?!
Sikit pun aku tak takut lah…aku malas je!’’
‘’Eleh,
cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle
Maziah,’’
Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Derry akan tewas dengan
cabarannya.
‘’Maziah
mana pulak ni?’’
‘’Classmate
aku. Sombong betul dia…buat aku tercabar je. Nanti ada peluang
aku
tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh
kau
tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,’’
‘’Kau
kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,’’
‘’Kan
betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan… Kau tahu tak, Maziah ni
bukan
perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh
tackle
dia, memang aku tabik kat kau,’’
‘’Hey,
aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..’’ Derry
menolak
cabaran.
‘’Kau
ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi kau tak
tunjukkan
pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle
Maziah
dengan cara apa sekalipun…’’ wajah Fathil hambar. Dia keluar
meninggalkan
Derry sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber café,
manalah
tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chitchat.
(Buang
masa layan Derry. Jenis budak baik, budak baik juga lah…) bisik Fathil.
Derry
tercabar. Dia mendengus. Sim card baru diisi ke dalam handset.
Sejurus
selepas itu, irama handset berbunyi.
‘’Hello!
Fathil…’’ suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gendang
telinga
Umar.
‘’Err,
hello. Fathil tak der,’’ Derry gugup berhadapan suara itu.
‘’Ah,
alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah…’’
suara
itu mendesak.
‘’Betul…dia
keluar. Sumpah!’’ Derry meyakinkan.
‘’Dah
dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?’’
‘’Sebenarnya,
Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nomor saya,’’
‘’Fika
dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah
Fika…semua
jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,’’ suara
itu bertukar
sebak. Tersentuh hati Derry.
‘’Tapi,
tak semua….’’ Derry membela kaumnya.
‘’Fika
tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap,’’
‘’Err,
suatu hari nanti jumpa lah….’’
‘’Huh,
entah bila…’’
‘’Berdoalah
pada Allah,’’
‘’’Berdoa?’’
gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Derry.
(Aku
buat lawak ke?) bisik Derry, keliru.
‘’Okeylah.
Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung,
putera
kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!’’ gadis itu
melawak
sambil ketawa lagi.
Hati
Derry bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan
melalui
telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya
dulu
tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang
perempuan
dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali
pertama
dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke university.
Itupun
tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro,
perempuan
yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya dulu.
Suara
merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di
pendengaran.
(Merdu
sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok
kat
perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)
(Astargfirullah!
Fitnah besar pada hati aku ni….)
Derry
menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama
handsetnya
berbunyi lagi.
‘’Hello,
Fika ni!’’
Gurlp!
Derry menelan liur.
‘’Hello!’’
balas Derry.
‘’Mmm.
Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun,’’
Derry
terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
‘’Nama
penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?’’
‘’Err…Derry
Try Handoko bin Muhammad Suyuti,’’
‘’Wow,
machonya nama ye. Orangnya pun mesti macho…’’
‘’Ish,
tak der lah. Biasa je…’’
‘’Mmm,
merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Derry,
boleh?’’
‘’Abang?!’’
Gurlp!!!
‘’A’ah….tanda
respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Derry?!’’
‘’Err…’’
kelu lidah Derry.
‘’Okeylah
bang Derry. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika,
sms
lah…miss you my hero! Ummmwah…’’
Gurlp!
Sudah ke berapa kali Derry menelan liur. Fikirannya jauh menerawang.
Dia
coba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik
tentang
seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu
terus
bermain-main di ingatan. Derry coba menepis tapi kali ini dia tak berdaya
lagi.
Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Derry mengukir senyum sendiri.
‘’Derry,
kau nak tengok persembahan teater, tak?’’ Fathil mengajak.
Kepalanya
ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Derry. Dia mesti bijak
menjerat
Derry agar dia boleh bebas dari pada buruan Fika. Baru petang tadi dia
diburu
lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan
sesuatu
untuk Fika karena dia tahu dia tak boleh bebas dari pada gadis yang licik
itu
selagi Derry tak dijadikan penggantinya.
‘’Tak
minat!’’ balas Derry. Ringkas.
‘’Cis,
budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jom lah Derry, aku bukannya
ajak
kau club in, tengok teater dalam university je. Lagipun, bukan ada apa-apa
malam
ni…bosanlah!’’
‘’Aku
tak nak!!’’ tegas Derry.
‘’Okey,
kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup
tengok
kawan kau nak pergi tempat maksiat, Derry?’’ Fathil tahu kelemahan
Derry,
seterusnya coba menjerat.
‘’Tapi…Hizbi,
Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni…’’
‘’Oh,
kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Aku
segan
lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntah
macam
mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!’’
‘’Diorang
tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif ngan Faizi bukan! Mereka
kawan
baik aku,’’
‘’Patutlah
kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku…’’
‘’Hey
Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau. Ingat
aku
suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyik nak
ajak
aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi agaknya,’’
‘’Kau
biar betul, Derry. Cakap bolehlah…’’ Fathil ragu-ragu.
‘’Okey,
aku ikut kau pergi tengok teater!’’
‘’Hah,
macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan.
Macam
ni lah yang aku nak…’’
Fathil
menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Derry membonceng di
belakang.
Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara
Umar
dan Fika.
‘’Eh..eh..
Maziah lah!’’ Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah.
‘’Yang
mana?’’
‘’Tu,
tu, baju putih…’’
Derry
berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang
sedang
menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya.
Kelajuan
motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya
mampu
menatap wajah Maziah sekilas cuma.
‘’Nampak
tak?’’ suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.
‘’Sikit-sikit
je..kau bawa motor laju sangat,’’balas Derry.
‘’
Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau…’’ Fathil bertindak seperti
apa
yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankan
motorsikalnya
sambil berteriak gatal,
‘’Maaaziaaahhhh…!’’
Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut
memandang.
Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motor sikal yang
dipandunya
hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover.
(Boleh
tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Derry.
Derry
coba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepada
seseorang.
(Eh,
Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziah
ialah
Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya.
(Alamak,
mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak gila-gila
macam
Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh,..biarkan. Boleh
blah
lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu…kaulah wanita paling kejam.
Bertahun-tahun
kau buat jiwa aku terseksa!)
Fathil
mencari tempat parking berhampiran dewan besar university.
Kakinya
pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Derry.
‘’Lawa
si Maziah, kan?!’’
‘’Kau
memang…cari orang lawa je!’’
‘’Kau
tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!’’
‘’Buktinya?’’
‘’Ntah?!
Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga…’’
‘’Perasaan
kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa
kau
tersiksa,’’ Derry belajar dari pada pengalaman.
‘’Orang
tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,’’
‘’Kau
jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku
boleh
cari mak we,’’
Pap!
Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajah
jelita,
beraksi menggoda sedang menarik muka masam.
‘’Fathil
nak nyorok dari Fika, ye?!’’ marah gadis itu. Comel.
(Fika?!
Gurlp!!)
‘’Derry,
kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!’’ Fathil separuh berbisik.
Derry
kehairanan dan coba mentafsirkan kata-kata itu.
‘’Err,
tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. Bukan
Fathil
tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fika
berbanding
Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni Derry
Try.
Dia bo Handoko leh jadi pak we baru Fika,’’pandai Fathil menyusun ayat. Dia
memang
mahir bertanam tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang
karena
boleh bebas dari pada perempuan yang dianggap merimaskan ini.
Lagipun
dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat
lelaki
misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan
matanya.
Derry
dan Fika saling berpandangan. Derry lemas dengan renungan tajam gadis
itu.
Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum dari
bibir
mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah.
(Cunnya
Fika!) terbeliak mata Derry.
(Wow,
10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika pun
turut
terpegun dengan ketampanan Derry.
Hidup
Derry makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis
jelita.
Teknologi sms ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya sebagai penghubung saban
hari.
Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms.
(Jiwa
aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah
makna
cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)
Kini,
barulah Derry dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita
sebagaimana
yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Derry tak
mampu
lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia
membiarkan
dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian
bergelora.
Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau
tepiannya.
Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dek
warna-warni
cinta. Cinta itu indah.
(Fika,
kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini… Fika,
bayanganmu
sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika…)
Tok!Tok!
Assalamualaikum…
Kebetulan,
Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya
diketuk.
‘’Derry
ada?’’ seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibir
lelaki
itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan
dengan
Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.
‘Saya
Banna… Hassan Al-Banna,’’ lelaki itu memperkenalkan diri.
‘’Kenal…selalu
dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej
sebelah,
kan?!’’
‘’Mmm…awak?’’
‘’Aku
Fathil,’’. Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Derry.
‘’Derry,
kawan kau datang!’’ Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula
berirama
minta diangkat.
‘’Hello,
Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,’’. Fathil tergesa-gesa
mengikat
tali kasut.
‘’Derry
tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!’’ Ujar Fathil
kepada
Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali
kasutnya
kemas diikat.
Banna
masuk ke compartment Derry. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur
petang.
Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu
mesej
yang tertera di skrin handset.
Bang
Derry, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?
Bolehlah
bang…plizzzzzz….luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!
Banna
terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak
percaya.
(Derry
sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.
Selang
seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa
membuka
kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.
(Tertinggal
agaknya…)Banna memandang Fathil dengan senyuman.
‘’Dia
tak bangun lagi ke?’’ Fathil sempat menjenguk Banna di dalam
compartment
Derry.
‘’Emm..tak
lagi!’’ balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu
menggoyang-goyangkan
bahu Derry.
‘’Woii,
bangunlah….kawan kau datang ni!’’ tengking Fathil. Derry menggosok-gosokkan
mata.
Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian
pantas
menutupnya.
‘’Macam
tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun
susah
sekarang ni,’’ leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan Derry.
‘’Err,
nak ke mana tu?’’ Banna sempat bertanya.
‘’Nak
ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil
ngorat
mujahidah…’’ Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna
turut
tersenyum.
‘’Chow
dulu…’’ Fathil melemparkan senyuman ramah.
(Bagus
dia, mudah masuk ngan orang…) hati Banna memuji Fathil.
Banna
menerangkan kepada Derry bahawa dia datang untuk mengajak
Derry
menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar
lepasan
Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di
negeri
Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal dari pada
sekolah
itu, majoriti mereka dari pada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan
untuk
mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa,
tarbiyyah
dan da’wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar
tetap
bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik.
Kewujudan
smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana
dunia
hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam
perlu
dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh
lengkap-
melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.
(Ahh,
boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro… Aku
dah
besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman
Islam
lagi. Aku mahasiswa university. Smart group, namanya pun sudah jelek
aku
mendengarnya!)
‘’Banna,
ana ada hal lah esok,’’ Derry masih mengekalkan ganti nama ana yang
cukup
sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
‘’Hal
apa yang lebih penting dari smart group?’’
‘’Err…nak
buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar,’’
Derry
beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
‘’Kalau
macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kami
semua
boleh tolong nta siapkan assignment..’’ Banna menawarkan pertolongan.
‘’Eh,
tak yah lah…ana boleh buat sendiri,’’Derry menolak.
‘’Datang
smart group kejap je, Derry. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau nta
datang,
Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment . Kalau kita
tolong
agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda mainmain,
ianya
tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya
dah
cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga
minggu
nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!’’
(Mereka
semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan
dengan
smart group…)
‘’Malam
kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita dah
janji?!’’
Banna melontarkan persoalan.
‘’Ana
minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia.
Tak
sempat nak hantar mesej kat nta,’’
‘’Derry,
ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat
kami
sampai bila-bila. Datanglah esok…’’
‘’Esok
memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya,
katakan
ana banyak assignment,’’
‘’Insyallah.
Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta tapi tak
dapat-dapat,’’.
Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini
sudah
bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Derry. Baru semalam dia
bertembung
dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.
(Aku
tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang
tarbiyyah
dan da’wah. Tarbiyyah, da’wah? Pergi jahanamlah…aku dah meluat.
Pergi
jahanam bersama Asiah Yusro)
‘’Ana
dah tukar sim card?’’jawab Derry bersahaja.
‘’Kenapa
tak inform?’’
‘’Ana
nak rahsiakan nombor ana,’’ Derry tak berselindung.
‘’Kenapa
ni Derry?’’hairan Banna dibuatnya.
‘’Ntah?!Bosan…’’getus
Derry. Wajahnya berkeriut kebencian.
‘’Bosan?
Bosan dengan apa?’’
‘’Bosan
dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betul-betul
bosan!
Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya
smart
group. Tolonglah…ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak
nak
semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan
memberontak
bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam
kat
Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da’wah, tarbiyyah…ahh,
meluat!’’terpancul
kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa
aku luahkan semua ni? Ahh…biarkan…biarkan…dah lama benar ia
terpendam)
Derry puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.
Banna
terpaku.
(Benarkah
apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)
‘’Derry,
nta bosan dengan hidayah Allah?’’ Banna mengungkap.
(Gurlp!
Bisa sungguh pertanyaan ni!)
‘’Derry,
kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi.
Ana
masih ingat lagi kata-kata nta dulu….. diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak
tuang
di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk.
Begitulah
juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasiranasir
lain
akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita
dengan
bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita
terlalu
hajat pada hidayah Allah,’’ Banna menyambung lagi,
‘’Derry,
ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita
tak
boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita dari pada
mendapat
hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur
dengan
hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah
tunjukkan
jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?’’
‘’Ahh,
jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,’’ jiwa Derry
gersang.
Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu
dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku
mengenali
Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku tersiksa. Aku juga tahu,
kerana
semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang
merampas
Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
‘’Derry,
jangan coba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nak
berkrisis
dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan
mati
berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?’’
Banna
tidak jemu melembutkan hati Derry. Banna terdiam.
(Ahhhhhhhhh….bosannya!!!
Tapi, betul juga cakap Banna)
‘’Ana
tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esok
kalau
ada masa ana datang smart group,’’ jiwa Derrry terusik. Banna tersenyum.
Air
liurnya tak terbuang sia-sia.
‘’Ana
akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat,
sahabat-sahabat
kita rindukan nta, terutamanya mas’ul kita, Dr Azmin,’’
Irama
handset Derry berbunyi. Derry nampak gugup.
‘’Hello,
err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni…’’ Derry
menjawab
panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
‘’Tak
per lah Derry, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap,
Assalamualaikum.
Jumpa lagi,’’ Banna bangun beredar. Derry membalas salam.
Selang
seketika,handsetnya berbunyi lagi. Derry menjawab panggilan itu dengan
suara
lembut. Banna menjeling.
(Adik
dia kot…)hati Banna coba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir
sesuatu.
Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi,
lalu
dia membuat satu sms.
Assalamualaikum.
Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna
melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran
dewan
besar university sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan
Kelab
Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat
adiknya
Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk
menyusun
buku-buku di gerai mereka.
(Ish,
Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati Banna berbisik. Dia mengakui
hatinya
resah tiap kali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah
Taman
Islam yang sangat dihormati karena ketokohannya dalam tarbiyyah dan
da’wah.
Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya
dibiarkan
parah dibaham mazmumah.
Banna
memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
‘’Assalamualaikum.
Maziah, abang nak jumpa, jap,’’ Banna mengajak adiknya
beredar
sedikit dari pada gerai itu. Maziah meminta izin dari pada Asiah Yusro.
Asiah
Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar
bersama
abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna
biru
yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
‘’Kertas
apa tu?’’ Banna menjeling.
‘’Tadi,
ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang
ditulis
lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak
tunjuk
kat abang..’’ Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan
abangnya.
Banna menyambut lalu membelek-belek.
‘’Lelaki
ke?’’
‘’Kalau
perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang…’’
‘’Hidup
remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang
silih
berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut
nanti.,’’nasihat
seorang abang.
‘’Abang
doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah…Maziah
takut
hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak
perlukan
Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk
selamat
di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi
meninggalkan
kita, kan bang?!’’
(Syukurlah
Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang
ditarbiyyah
adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
‘’Mmm.Sama-samalah
kita berdoa….’’ Banna mengangguk setuju.
‘’Kau
tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli
mahal-mahal,
rupa-rupanya dah ada pak we,’’ bentak Fathil yang berada selang
beberapa
gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
‘’A’ah
lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku rasa,
tentu
pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,’’
tambah
Joe.
‘’Dating
depan orang ramai pulak tu,’’ darah Fathil mendidih.
‘’Nampak
je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal
pak
we dia tu,’’gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
‘’Siapa?’’
‘’Kawan
roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro’, tapi sama
setan
cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak
sakitkan
hati aku lah tu,’’
‘’Fathil,
kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan
biarkan
budak tu. Kena bagi penangan skit…’’
‘’Aku
ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat
ngan
Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak
jadinya.
Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun
aku
nak ajar sekali,’’
‘’Aku
tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,’’ Joe makin mengapi-apikan
kemarahan
Fathil.
‘’Joe,malam
ni kau dan Derry ikut aku belasah Banna, nak?’’
‘’Malam
ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni pun dah boleh belasah ngan
mulut.
Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,’’
Fathil
makin terbakar dengan hasutan Joe.
‘’Maziah,
tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada
makna?’’
‘’Hanif
mana ni bang?’’
‘’Alah,
Hanif…kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi
agamanya,
insyallah.’’
‘’Oh,
yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah
Taman
Islam jugak ke, bang?’’ Pergaulan yang terbatas di sekolah itu
menyebabkan
pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah
sebaliknya.
‘’Takk,
dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart
group
yang sama dengan abang.,’’
‘’Maziah
ingat….zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita.
Tapi,
bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal
masa
kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek
Maziah
macam-macam,’’
‘’Alah,
masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau
kita
tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada
kelemahan.
Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana
sekarang
ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?’’
‘’Sebenarnya,
Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awal-awal
lagi.
Ibu bapak Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang
bakal
jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan
tarbiyyah
dan da’wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah
hanya
hajat pada agama dan bimbingannya,’’
‘’Syukurlah,
abang gembira dengan jawaban Maziah….’’
Tiba-tiba…..
‘’Ingatkan
perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan
jugak.
Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii…’’laung Fathil dengan kuat ke
arah
Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu
lalang
memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang
itu.
Banna coba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.
‘’Fathil…dengar
sini…’’
‘’Aku
kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan….’’
‘’Fathil…’’
Banna coba bersuara lagi. Terhalang.
‘’Sudahlah….tak
payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak
buat
maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama university je,’’ Fathil
tidak
mau mendengar apa-apa penjelasan dari pada Banna selepas memalukan
mereka
berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpingapinga.
Asiah
Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
‘’Sabarlah
Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,’’
‘’Manusia
memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak
bertempat,
dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,’’ luah
Maziah
dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban
hari.
‘’Maziah,
pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi,
mungkin
niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang
teliti
dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi
memang
boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?’’ Maziah mengangguk.
‘’Kita
doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da’wah bil
hikmah
dengan izin Allah,’’ Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah.
Dia
berzikir memuji Allah.
Banna
datang menghampiri adiknya.
‘’Maziah,
kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin sikap kita juga.
Semuanya
karena salah faham,’’ Banna mengingatkan adiknya. Maziah
tersenyum.
Begitu juga Asiah Yusro.
‘’Insyallah,
bang! Err, abang…dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada
mendengar
abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!’’ Tanya
Maziah.
‘’Dia
roommate Derry Try Handoko, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu.
Abang
selalu ziarah biliknya,’’ Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang
tak
mengenal Derry Try Handoko.
‘’Oh,
ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Derry lah yang membonceng
motor
dia?’’ Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu.
Hatinya
resah mendengar nama Derry Try Handoko.
(Apa
khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah
dan
da’wah…). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,
‘’Ana
pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Derry.
Mudah-mudahan
Derry boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan
da’wah,’’
Banna
terdiam dengan kata-kata itu.
(Alangkah
bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang
membimbing
Derry agar lari dari hidayah Allah. Na’uzubillah. Astargfirullah,
sangka
tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)
Fathil
masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat
baju
lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
‘’Kenapa
kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?’’ tanya Derry yang sejak
tadi
memperhati. Derry baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.
‘’Aku
bengang betul lah!’’
‘’Bengang
apa?’’
‘’Maziah
datang depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi.
Siapa
tak bengang?’’
‘’Orang
dah ada pak we, cari lain je….’’
‘’Huh,
tak semudah tu! Ni Fathil…dia belum kenal lagi siapa Fathil!’’
‘’Kau
nak buat apa?’’ Derry ingin tahu.
‘’Aku
nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,’’
‘’Belasah
perempuan?’’ (Gila!) bentak hati Derry.
‘’Bodoh!
Belasah pak we dia lah…’’
‘’Eh,
kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,’’
‘’Kau
memang penakut lah Derry. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul.
Takut-takutkan
je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau
bayangkanlah,
dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak datang depan
mata
aku. Anak jantan mana tak tercabar? ‘’
‘’Bila
masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau
kau
yang rampas awek ?’’ Derry tahu Fathil tak pernah berjaya tackle
Maziah.
‘’
Kau tahu apa Derry?! Tu lah…asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat
Fika
pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika
dan
ajak dia bermadu asmara depan mata kau?’’
Derry
akhirnya mengalah.
‘’Hah,
tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,’’ Fathil menunding jari tepat
ke
arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah
Banna
agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Derry dan Joe
bersembunyi
di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati
kawasan
yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati.
Tenaganya
difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter
ke
tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi
taringnya
hampir tercabut.Derry masuk menyerang dengan menyiku belakang
Banna
beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia menarik kolar baju
Banna
untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-merta
tatkala
terpandang wajah lelaki itu.
Banna
dan Derry saling berpandangan. Tangan kiri Derry masih kemas
menggengam
kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk.
Perlahan-lahan
Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya.
Derry
menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna
menyambut
dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.
(Kau
Banna? Ah…kasihan kau!) kesal hati Derry.
‘’Cis,
mampuslah korang berdua!’’ Fathil meradang melihat drama itu lalu coba
menyerang
Derry dan Banna serentak. derry bertindak pantas mematahkan
serangan
Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil
sempat
membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan
tepat
sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi
silatnya
juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna
gagah
dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin
mereka
tak berpeluang mencederakannya.
‘’Woii!!’’
seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka.
Cahaya
lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar
di
hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.
(Tiada
harapan untuk lari) dengus Joe.
‘’Woii.
Korang gaduh ye?’’
‘’Tak,
kami berlatih taekwando!’’ Fathil berdalih.
‘’Berlatih
taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?’’ Pak Guard
menyuluh
tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya
yang
longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena
penumbuk
Joe.
‘’A’ah.
Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,’’
tambah
Joe.
‘’Jangan
nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak de orang
yang
berlatih sampai berdarah cam ni,’’ Pak Guard masih curiga lantaran
melihat
darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu
juga
mulutnya.
‘’Betul
Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja,’’
Banna
pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi
semakin
tegang.Bukan bohong tapi helah.
‘’Lain
kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang berlatih
dalam
gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak tengok
korang
berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!’’ Pak Guard meyakini kata-kata
Banna
lalu minta mereka segera bersurai.
‘’Kau
ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?’’ api kemarahan Fathil
masih
menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batang
hidung
Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.
‘’Woii,
Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku,
hah?’’
Derry menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang
sakit
dipulas Banna sebentar tadi.
‘’Kau
ingat aku ni bodoh sangat nak bagi tahu kau? Mesti kau tolak awal-awal.
Aku
nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas mak we
aku.
Pas tu datang depan orang ramai, buat maksiat!’’
Derry
terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada
mengatakan
bahwa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan
mereka
petang tadi.
(Patutlah
first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia. Baru
aku
perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)
‘’Fathil,
awak salah faham..’’ Banna bersuara, coba menjelaskan keadaan. Fathil
segera
memotong.
‘’Aku
tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu mak
we
aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik
belasah
kau,’’
‘’Bodoh!
Memang kau salah faham…’’ Derry menengking lagi. Dia tak dapat
menahan
kemarahannya. Kalau dikutkan hati, malu sahaja dia meramas-ramas
mulut
celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.
‘’Salah
faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri…’’ Fathil
menguatkan
kenyataannya.
‘’Aku
pun tengok!’’ tambah Joe.
‘’Kau
pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan mak we!’’
Derry
meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah
mengenali
kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu
dipercayainya.
Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam
mukanya.
(Aku
belasah bakal abang ipar aku sendiri?)
Dari
jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam
lidah
pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke sana lagi sekali.
‘’Anggaplah
tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya karena
salah
faham bukan salah siapa,’’ ujar Banna dengan lembut sambil
menghulurkan
tangannya.
(Uih,
makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia
tidak
menyambut salam itu karena terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joe
untuk
mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatalkan
niatnya
menegur tak kala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudian
Fathil
dan Joe mula beredar.
‘’Tadi,
berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?’’ sempat Pak Guard
menyindir
sambil berlalu pergi.
Derry
merenung wajah Banna.
‘’Banna,
cedera nta teruk ke?’’
‘’Sikit
je,’’ balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.
‘’Nta
tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yang
memandai
kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat
perempuan,
memang dia usahakan juga sampai dapat,’’
‘’Lupakanlah…..
Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap nta
boleh
bagi tahu Fathil hal ni,’’
‘’
Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah nta
tadi,’’
Derry dihantui rasa bersalah apalah lagi melihat sahabatnya berdarah.
‘’Tak
per, Derry. Lupakan… Nta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih! Moga
Allah
yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambil
pengajaran.
Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap
hari
bulan, boleh kena buang university. Kita kena berfikir panjang sebelum
bertindak.
Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau nta
belasah
orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki
kepada
seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang
membenci
dan tak meredhai nta kalau nta membelasah seseorang!!’’ Kata-kata
Banna
membuatkan Derry terfikir.
‘’Banna,
ana minta maaf!’’ Derry memeluk Banna. Handsetnya berirama
sekaligus
meleraikan pelukannya. Ada mesej yang diterima.
Bang
Derry sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak
tahan
ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak
menentu,
asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang….luv U!!
Derry
serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi
dan
Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka seolah-olah
sedang
melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang esok. Derry
membaca
mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.
‘’Banna,
esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak
boleh
pergi smart group,’’
‘’Baiklah,
ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan,
Allah
permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempat
siap,
nta datanglah. Kejap pun tak per,’ balas Banna. Mengharap.
****************************************************
Fika
tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Derry Tri Handoko benar-benar
membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya.
Matanya
sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia coba
memasukkan
jejari halusnya di celah jejari Derry namun ditepis oleh Derry.
Suasana
di tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.
‘’Kita
tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!’’ iman di dada Derry bersuara. Fika
mencebikkan
bibir.
‘’Alah,
pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika kan sayang
abang.
Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak bermanja sikit
dengan
abang,’’Fika bersuara manja. Gerak badanya melentok ke sana- sini
kerana
coba menggoda Derry. Derry terdiam. Gurlp!! Tersirap darah
mudanya.Perlahan-lahan,
tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika.
Fika
puas karena tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya
ke
bahu Derry.
‘’Abang
Derry sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut
abang
marah Fika,’’
‘’Tunjuk
apa?’’
‘’Abang
kena janji takkan marah?’’
‘’Kenapa
abang nak marah pulak?’’
‘’Janjilah
dulu sayang…’’
‘’Okey,abang
janji takkan marah Fika,’’
Fika
tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Derry. Kacamata hitam
yang
dipakai turut dipecat seketika. Derry kelu tak terkata apa-apa.
‘’Fika
nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut
Fika?
Abang suka tak?’’
Gurlp!
‘’Fika, pakai balik tudung tu!’’ arah Derry.
‘’Kenapa?
Abang tak suka rambut Fika ke?’’ Fika bersuara merajuk.
‘’Err,
suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki. Berdosa!’’
‘’Alah,
Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang Fika
pada
abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak
bahagiakan
abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat,
buat
teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang. Fika
nak
kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang!
Tulus
cinta Fika pada abang…’’ Derry makin lemas dihambur kata-kata manis
Fika.Matanya
dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cinta
ciptaan
syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika.
Tangannya
mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya dipejamkan agar
mindanya
boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.
‘’Sejauh
mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,’’ungkapan kata-kata
Dr.
Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Derry. Imannya berbisik
lagi,
masih tidak malu tewas melawan bisikan syaitan.
Serentak
dengan itu, Derry membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia
memandang
sekeliling dan mula terperasan bahwa ada sekumpulan pemuda
sedang
berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan
posisinya.
Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Derry menjeling sekilas
pandang.
‘’Gurlp!
Diorang?’’ Dada Derry berombak kencang tak kala melihat Banna, Hanif,
Hizbi,
Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di situ.
Derry
menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu
memakainya.
Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika hairan melihat
tindakan
Derry disusuli ketawa manja. Dia menyangka Derry sedang berlawak
untuknya.
‘’Kenapa
abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!’’ Fika mencubit paha
Derry.
‘’Fika,
apa yang kita buat ni berdosa!’’ Derry bersuara tegas menyebabkan Fika
mengkeriukkan
dahinya. Derry semakin diburu rasa bersalah tak kala melihat
sahabat-sahabatnya.
(Ya
Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Derry menaruh harapan. Dia
tidak
sedar bahwa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhatikan gelagat
mereka
berdua.
‘’Tapi…ini
bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fika
sayang
abang,’’
‘’Mampuslah
dengan cinta! Nak kena tangkap basah?’’ Derry tiba-tiba
meradang.
Jiwanya takut sekali.
‘’Jom
balik!’’ Derry mengajak pulang.
‘’Abang,
Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika belum puas
lagi
bersama abang!’’wajah Fika penuh keliru.
‘’Fika
ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fika
tertanya-tanya
macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathil
tinggalkan
Fika. Fika sayang abang!’’
‘’Abang
nak balik…’’ Derry berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.
‘’Abang
Derry, pulangkan tudung Fika!’’ Fika menjerit kuat membuatkan semua
sahabat-sahabat
Derry berpaling ke arah Derry. Derry turut terhenti langkahnya
dan
memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung.
Hanif
tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Derry yang coba
menyembunyikan
dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin
menyiku
Hanif. Hanif tunduk terdiam. Derry membuka selendang yang
dipakainya.
Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuat
hati
agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar
melihat
lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalu
pergi.
(Pegawai
pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Derry. Kau
hadapilah
seorang diri!)
‘’Antum
semua dah nampak. Ana jahat!!!’’ Derry meluahkan. Suaranya sebak.
‘’Derry,
kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada dimana
sahaja!’’
Dr. Azmin bersuara.
‘’Derry,
nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah
Allah,’’
Dr. Azmin bersuara lagi.
‘’Ana
rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!’’ luah Derry
penuh
kesalan.
‘’Kita
tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita.
Sejahat
mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Derry….kembali
bersama
kami,’’ Banna memujuk.
‘’Ya,
Derry. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensi
diri
nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta,’’ lembut kata-kata Hizbi.
‘’Derry,
di mana hilangnya Derry Tri Handoko abad ke-21 yang bertunas di Taman
Islam
dulu?’’ Banna mengingatkan saat kegemilangan Derry, Ketua Pengawas
Sekolah
Taman Islam yang berwibawa.
Syamil
dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan
semangat
Derry agar kembali di atas jalan da’wah dan tarbiyyah.
‘’Tadi,
nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Tak
tahu
macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkan
semula
maksiat tu di padang mahsyar nanti,’’ Derry betul-betul menyesal.
‘’Derry,
bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa ada
kederhakaannya
pada Allah, sebab tu lah kita hajat pada tarbiyyah untuk
memelihara
diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak
perangkapnya
ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk sorang-sorang,’’
Faizi
mengatur kata. Derry memeluk Faizi. Seterusnya Dr. Azmin,
Syamil,Banna,
Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.
(aku
bertuah karena ada sahabat macam korang semua…Aku bosan dengan
perjuangan,
tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku tahu, roh
perjuangan
yang aku coba lari darinya itulah yang menjadikan korang sebaik
ini…)
*************************************************************
‘’Keluarga
Hanif merisik nti? Alhamdulillah… Bertuah nti kerana akan
dapat
sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak
Akmal
dan kak Farah. Mereka semua sanggup tak kahwin lagi semata-mata
menanti
pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nak
bersama
orang yang boleh membawa mereka terus istiqomah di atas jalan
tarbiyyah
dan dakwah,’’ Asiah Yusro tumpang gembira dengan berita yang
terpancul
dari mulut Maziah namun berita itu membawanya terkenang kepada
beberapa
orang sahibah sefikrah yang masih belum berumah-tangga.
‘’Ana
pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin oleh
keluarganya
dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan sahabat kita
dan
kurang pula kefahamannya tentang tarbiyyah dan da’wah,’’ tambah
Maziah.
‘’Kasihan
kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya sekarang ni,.
Sama-samalah
kita doakan dia, Apa yang ana kesalkan,tak de sorangpun sahabat
yang
tampil berkorban untuk selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dan lama
dibangkitkan,’’
Asiah Yusro bersuara kesal.
‘’Masakan
tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya, dalam bab a’mal
Islami
yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan tapi dalam bab
memilih
jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambil
Islam
secara menyeluruh. Yang cantik je menjadi pilihan, yang kurang cantik
dipinggirkan,’’
Maziah mencebik bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.
‘’Betul.
Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dari pada hadith yang
menyuruh
mereka lebih memandang agama seseorang gadis melebihi
kecantikan,
harta atau keturunannya. Semua itu akan pudar dan hilang kecuali
iman
si gadis,’’ Asiah Yusro menyokong kata-kata Maziah.
‘’
Tapi, tak semua sahabat begitu…nak tak nak, kita kena baik sangka juga
dengan
sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina baitul da’wah
mereka.
Kita patut bersyukur kerana kita pun antara orang yang dilahirkan
dari
pada baitul da’wah. Malah, berpeluang pula menjadi bekas pelajar di
Sekolah
Taman Islam bersama-sama kebanyakan generasi semaian baitul
da’wah,’’
Asiah Yusro berbaik sangka.
‘’Tengoklah
juga Hanif, dia tetap memilih sahibah…’’ Asiah Yusra mengusik
Maziah
yang kelihatan terdiam seketika.
‘’Astargfirullah!
Lagho ana nanti…’’ Maziah membulatkan mata.
‘’Maaf,
ana gurau je..’’ Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah geram diusik. Dia
berfikir
sesuatu,
‘’Yusro,
nti pun tentu menjadi rebutan sahabat,’’ Maziah pula yang mengusik.
‘’Ish,
tak de lah. Siapalah ana….’’ Asiah Yusro merendah diri.
‘’Alah,
bukan ana tak tahu, nti pernah dicoba sahabat tapi nti menolaknya,’’
Tercengang
Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.
(Ya,
Derry Tri Handoko pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah menolak. Aku
cuma
diam pada risikannya. Jauh di sudut hati, aku harap dia faham bahwa
diam
itu tanda setuju)
‘’Mana
nti tahu?’’ dia terkejut bila rahasianya terbongkar.
‘’Umi
nti kan kawan baik umi ana. Umi nti yang cerita….
Baru-baru
ni pun, mas’ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan gambar nti, kan?!
Dah
tentu ada sahabat yang berkenan kat nti tu,’’Maziah tertawa kecil melihat
telatah
Asiah Yusro yang mula tertunduk malu.
Di
ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Derry Tri Handoko pernah
beberapa
kali menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik sahaja mereka
dipertemukan
kembali dalam university yang sama. Tetapi, mesej Derry
terbengkalai
tanpa apa-apa jawaban. Bukan Asiah Yusro tak sukakan Derry Tri Handoko, namun
dia terlalu terkejut dengan tindakan berani Derry. Justeru, dia
mengabaikan
mesej-mesej Derry begitu sahaja agar perasaan terkejutnya kembali
tenang.
Dia terkejut karena dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya di
Sekolah
Taman Islam. Malah, dia sering melarikan diri dari pada bertembung
dengan
Derry karena terlampau malu. Hatinya resah. Memang, Asiah Yusro tak
dapat
lagi menipu diri. Dia juga turut merasakan bahwa hatinya menaruh
harapan
terhadap Derry. Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terus
disibukkan
dengan akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah dan
da’wah
dari pada berfikir soal itu. Dia langsung tidak mengambil tahu
perkembangan
Derry di university. Asiah Yusro terlampau menjaga hatinya agar
tidak
rusak, sakit dan mati karena diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cinta
adalah
ujian yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja. Dia
bermujahadah
untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.
(Entah
bagaimana keadaan Derry sekarang…masihkah dia setia menantiku?
Ahh,
ku tepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang yang meminta biodataku dari
Dr.
Sal sebab tu aku tak kan tanya Dr. Sal tentang hal ni. Moga, Allah
memudahkanku
untuk membina baitul da’wah idaman bersamanya…) Asiah
Yusro
bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat mengelak
Dari
pada berfikir tentang Derry.
Maziah
menyergahnya.
‘’Tiba-tiba
berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan? Jangan bimbang, nti wanita
solehah,
tentu mendapat suami yang soleh juga. Moga-moga di kalangan
sahabat,’’
Maziah mengusik. Dia pula mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr.
Sal
dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu mereka berkawan baik
dengan
Dr. Sal sejak mereka sama-sama menuntut di university yang sama.
Tujuan
mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk abangnya, Hassan Al-Banna.
Namun,
ianya diluar pengetahuan Asiah Yusro.Maziah sudah lama menduga
abangnya
menaruh hati terhadap teman baiknya sebelum abangnya itu berani
menyuarakan
hasrat hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar
dan
biodata Asiah Yusro dari pada mas’ulah Asiah Yusro ia itu Dr Sal.
‘’Bang
Derry, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Derry yang Fika kenali
dulu,’’
Fika terus memujuk rayu. Handset Derry sentiasa berirama dengan mesej
dan
panggilan dari pada gadis itu.
‘’Fika,
kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap,’’
‘’Abang,
sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan Fika?
BERSAMBUNG....